Polisi Repositori Digital Kehakiman



  1. 1. Repositori institusi (institutional repository) ini dikenali sebagai Repositori Digital Kehakiman (ReDiK).
  2. 2. Pemilik Repositori Digital Kehakiman adalah Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP)
  3. 3. Pengurusan dan pentadbiran sistem repositori adalah di bawah tanggungjawab Perpustakaan PKPMP dan dibantu oleh Bahagian Teknologi Maklumat bagi perkara berkaitan aspek teknikal ICT.
  4. 4. Repositori Digital Kehakiman merangkumi
    • 4.1   Dokumen (minit mesyuarat, laporan, nota kursus, kertas kerja, tesis/disertasi, artikel, buku etc.)
    • 4.2   Imej
    • 4.3   Audio visual
    • 4.4   Slaid
    • 4.5   Sumber maklumat dalam talian.
  1. 5. Semua bahan repositori perlu didigitalkan sepenuhnya (full text
  2. 6. Semua bahan repositori mestilah boleh dicapai:
    • 6.1   Warga Kehakiman: Kebolehcapaian teks penuh (full text)
    • 6.2   Pengguna Awam: Kebolehcapaian abstrak
  3. 7. Warga Kehakiman boleh menyerahkan maklumat/karya dalam bentuk digital atau bercetak kepada Perpustakaan bagi tujuan muat naik di dalam repositori.
  4. 8. Warga Kehakiman juga boleh dengan sendiri muat naik maklumat/karya di dalam repositori.
  5. 9. Isu-isu yang berkaitan dengan hakcipta tertakluk kepada undang-undang, akta dan peraturan sedia ada.
  6. 10. Perpustakaan PKPMP tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa salahlaku hakcipta yang dilakukan oleh depositor.


Perpustakaan Istana Kehakiman

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 1, Presint 3

62506 Putrajaya