Pengenalan Repositori Digital Kehakiman


Repositori Digital Kehakiman (ReDiK) merupakan platform yang dibangunkan untuk penyimpanan kandungan digital yang disediakan oleh Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. Repositori ini mula dibangunkan pada tahun 2021 bertujuan memelihara dan menyimpan khazanah berkaitan Badan Kehakiman dalam format digital sepenuhnya. Selain itu ia juga menjadi medium penyimpanan "institutional memory" Istana Kehakiman sebagai rujukan. Pelbagai format maklumat data sama ada dalam bentuk dokumen, imej, video mahu pun audio disimpan melalui platform ini. Selain itu, Repositori Digital Kehakiman juga merupakan platform alternatif kepada Warga Badan Kehakiman untuk mengakses sumber digital Jabatan.